BESUT, TERENGGANU - Berang tidak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, petang semalam, lapor Bernama.
Ekoran tindakan lelaki itu, polis terpaksa menembak suspek menggunakan pistol 'taser gun M26C', malangnya tidak berkesan dan lelaki berusia 30-an melarikan diri ke dalam hutan.
"Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan.
"Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran," katanya.
Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi menjelang berbuat puasa semalam.
0 Response to "Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK"
Post a Comment